Labels:

Tadi berdekatan tempat tinggal saya kelihatan ada sejenis serangga yang tak pernah saya lihat.  Rupanya seperti serangga yang berjalan di atas air tapi besar semacam je.  Ada juga rupa macam mentadak tapi biasanya mentadak warna hijau tapi ini warna perang.  Haiwan apakah ini?
Sekali pandang macam kayu..antara tanda kekuasaan Allah swt


Labels:

Ingatkan tak berganjak juga selepas beberapa usaha untuk menambahkan jumlah trafik dan memperbanyakkan lagi laman untuk mempromosikan Google Adsense. Alhamdulillah Adsense makin meningkat. So maknanya akaun adsense saya ni aktif la.  Ingatttt! Jangan cuba-cuba klik sendiri..jangan mempersia-sia kan peluang yang ada.  Kalau ada, maka ada lah rezeki, kalau tak ada maka tak ada lah rezeki.  Apa yang penting teruskan berusaha dengan betul dan sabar.  Bukan senang nak jadi senang betul tak?  Ilmu mesti dituntut untuk dimanfaatkan pada bila-bila masa.  Rasa lebih bersemangat untuk buat adsense kalau macam ni :-).. semoga kawan-kawan dan pelawat semua berjaya dalam setiap yang sedang diusahakan. Good Luck! 

Labels:

Salah satu cara untuk kita menjana wang dengan blog kita ialah Google Adsense. Tapi iklan yang dipaparkan oleh Google Adsense perlulah bersesuaian dengan kedudukan kita sebagai umat Islam.  So kita mesti pastikan agar iklan-iklan yang tidak sesuai tidak appear pada blog kita.  Selain itu Google Adsense juga antara punca terjejasnya traffic.  Walaupun begitu ia bergantung kepada isi blog kita.  Jika blog kita memang kurang sambutan sejak awal lagi atau dengan kata lain kurang berinformasi maka penggunaan google adsense boleh memburukkan lagi keadaan.
Lain pula halnya jika pemilik blog hanya sekadar suka-suka untuk menulis blog.  Tidak mengharapkan apa-apa(keuntungan wang ringgit) daripada blog.  Contohnya hanya sekadar tempat menampalkan lirik-lirik lagu atau  meluahkan perasaan semata-mata.  Tanpa mengira sedikitpun tentang design blog...Apatah lagi tentang kandungan blog.  Apa-apa pun semuanya terpulang kepada pendirian masing-masing. Bagi saya selagi ada peluang, selagi itu kita boleh terus mencuba.  Tambahan..sekarang kan ramai syarikat atau individu yang memilih kaedah pengiklanan yang berkos rendah menerusi internet seperti Google Adwords dan Nuffnang..:-). 
So kita yang boleh menaip depan komputer dan laptop ni apa lah salahnya jika mencuba..mana lah tahu kot-kot keywords yang terdapat pada blog kita kena dengan isu semasa dan maklumat yang sentiasa diperlukan oleh masyarakat dunia.  Kadang-kadang rasa fedup pun ada sebab Google Adsense ni slow sangat oh, Google Adsense! Bilakah nilaimu akan mencukupi $100 hehe.

Labels:

Terdapat banyak perisian yang boleh digunakan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan Laptop/PC. Samada ia secara percuma atau berbayar sebenarnya Bukan suatu kemestian selagi kita pandai menjaga Laptop/PC kita. Namun pada masa kini terdapat berjuta virus, trojan, spyware dan cecacing yang boleh melembabkan sistem komputer kita. Aktiviti seharian samada melayari laman-laman tertentu, muat turun fail, buka fail dalam thumb drive, dll. merupakan faktor penyumbang kepada kerosakan pada komputer.

Oleh sebab itu, selain antivirus, pelbagai perisian seperti Registry Easy, Advance System Care, dll. sememangnya berguna kepada kita dalam usaha menjaga bukan sahaja prestasi komputer malah akan dapat memanjangkan lagi jangkahayat komputer kita. Kita sedia maklum bahawa semua perkakas komputer adalah terdiri daripada komponen-komponen elektronik dan sistem yang sangat sensitif. Jadi di sini saya ingin berkongsi tentang perisian yang secara tidak sengaja saya temui semasa melayari internet. Ia terbukti berkesan untuk meningkatkan keupayaan komputer saya.

Perisian tersebut ialah Advance System Care (ASC). Paparan ASC seperti di bawah:
Walaubagaimanapun saya telah upgrade daripada ASC Free kepada ASC PRO. Selepas berpuas hati dengan mencubanya secara percuma. Apa-apa pun ia bergantung kepada penilaian masing-masing. Sekarang ASC PRO berada pada versi 3.6.1 dan proses upgrade adalah percuma selepas saya membuat bayaran masa promosi yang mana pada masa itu versi 3.5. Diantara kelebihannya ialah:
Mantain Windows dengan Spyware Remover, Registry Fix, Privacy Sweep dan Junk Files Clean
 Diagnose System dengan System Optimization, Security Defence, Disk Defragment dan Security Analyzer
Yang paling bestnya ia ada Turbo Boost yang berupaya melajukan sistem komputer khususnya masa surf internet :-)
Tak salah untuk mencuba secara percuma dan jika rasa tak sesuai remove sahaja. Saya nak bercerita panjang pun ini sahaja yang saya tahu. Saya hanya berkongsi dan memberi cadangan. Jika takut berlaku kerosakan disebabkan penggunaan perisian ini sila rujuk dengan teliti menerusi laman di mana ia dihasilkan.


Labels:

FTP ialah singkatan bagi file transfer protocol. Ini setakat yang saya tahu :-) . Software ftp yang biasa saya guna ialah FileZilla. Ia merupakan antara perisian percuma yang boleh didapati secara online . Seperti biasa ia digunakan untuk hantar file ke server atau ambil file dari server. Lebih senang kita cakap untuk upload dan download file dari server.

Biasanya mereka yang memiliki server sendiri, memiliki blog sendiri, biasa dengan bisnes internet akan menggunakan perisian ini untuk update laman mereka sendiri. Baiklah secara ringkas saya tunjukkan untuk mereka yang masih tidak tahu :-) . Caranya selepas muat turun dan install pada komputer:

Sebelum itu, saya akan tunjukkan dengan menggunakan server Blog Dot Com saya iaitu blog MohdKhairudin.com:

Double Klik pada icon FileZilla dan paparannya seperti berikut:

Kemudian isi nama domain (cth: www.mohdkhairudin.com) dalam ruang Host, Username dan Password. Selepas itu tekan Quickconnect dan paparan di bawah menunjukkan perisian tersebut sudah bersedia untuk aktiviti pemindahan fail. Pada bahagian kiri (Local site) ialah semua dokumen dalam komputer kita jika kita double klik pada mana-mana fail yang kita mahu muat naik (upload) maka fail tersebut akan dihantar ke server. Manakala bahagian kanan (Remote site) pula untuk muat turun (download) mana-mana fail yang dikehendaki dengan double klik pada fail tersebut. Lihat paparan di bawah:

Selain itu, perisian ini juga digunakan untuk tujuan sekuriti dan memadam mana-mana fail/dokumen/gambar yang tidak dikehendaki dalam server. Setakat ini saja perkongsian tentang FTP Program atau perisian ftp. Jika mahu mencuba anda perlu memiliki Nama Laman atau Blog(Domain@www.) dan Tempat/tapak untuk menyimpan segala online dokumen (Webhosting@senang cakap server pun boleh juga). Dengan kata lain kena ada alamat dan tapak rumah :-)




Labels:

Salam sejahtera pada ruangan ini saya akan membuat Pengumuman (Announcement) setakat mana yang saya tahu, segala yang perlu saya maklumkan/kongsi kepada kawan-kawan:

1. Pengumuman :
Tarikh Kemasukan Pembiayaan Wang PTPTN Ke Akaun Pelajar Lama di UniMAP pada hari Isnin 12 Julai 2010
Sumber: portal UniMAP.



2. Pengumuman :

Sepanyol telah dinobatkan sebagai Juara Bolasepak Piala Dunia 2010 selepas menewaskan Belanda 1-0 new
Sumber: lihat secara live di ASTRO.

update: 12th July 2010

Labels:

Salam perkenalan semua. Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Jika ada di antara saudara dan saudari yang ingin bertukar link (Exchange Link) dengan saya sila tinggalkan link dengan mengisi borang komen. Saya akan update senarai my friends pada sidebar kanan secepat mungkin. Maklumkan segera jika saya terlupa. Terima Kasih.